Jumaat, 1 November 2019

Pulau Tioman
Tempat menarik di Rompin yang kedua ialah Pulau Tioman yang sememangnya terkenal dengan keindahan yang memukau. Tak hairanlah kenapa Pulau Tioman tersenarai sebagai salah satu pulau yang dalam senarai top 10 pulau tercantik di Malaysia. Pulau Tioman mempunyai pantai yang cantik dengan pasir putih yang halus di kaki. Pemandangan lautnya juga sangat indah dengan air laut yang membiru saujana mata memandang. Untuk maklumat anda, Pulau Tioman merupaka syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti snorkeling dan scuba diving. Air lautnya sangat jernih dan kaya dengan hidupan laut. Apabila masuk sahaja ke dalam air, anda akan terpesona dengan ikan yang berbagai warna dan jinak. Batu karang di Pulau Tioman juga datang dalam pelbagai jenis, bentuk, dan warna. Bolehlah anda berehat sepuas-puasnya di Pulau Tioman sambil bersantai di tepi pantai, bermain pasir, mandi laut, berenang, bersnorkling, dana scuba diving. Untuk ke Pulau Tioman, anda boleh menaiki feri dari jeti Tanjung Gemuk. Perjalanan dengan menaiki bot ialah selama 2 jam sahaja.



Homestay Kuala Rompin Homestay Eijaz Kuala Rompin Homestay Tok Abah Kuala Rompin Homestay Pulau Lang Mutiara Kuala Rompin Homestay D Rompin Rumah Tamu area Kuala Rompin Rumah Sewa Kuala Rompin

All the Best.

0 comments:

Catat Ulasan

Tempahan @ Booking

Contact Us
Homestay DRompin
+6011-59773400
Kuala Rompin, Pahang